02nd of march

Hye Assalamualaikum, alhamdulillah kita diberi kesempatan lagi untuk bertemu bulan yang ketiga pada Tahun 2015 syukur. Sepanjang dua bulan yang lepas pelbagai onak dan duri kehidupan yang telah terjadi. hmm apa ya? hahaha biasalah hidup kalau tiada dugaan tak adventure laaa kan?

Di permulaan minggu dibulan ketiga ini nampaknya schedule as a student pon padatlah, mana taknya struggle untuk midterm laa, event untuk kelab lah dan assignment yang makin menimbun pon.

Sebulan lebih je lagi nak final yaallah cepatnya masa berlalu pergi dan tak sabar rasanya nak final then cuti untuk merehatkan otak. hohoho.

Semester dua nie adalah semester yang sangat mencabar almaklumlah semuanya core gila sampai kadang-kadang termimpi subject statistic allahu, penangan orang yang tak suke nombor macam tue laaa ya dok. Nak menghabiskan tahun pertama nie rasa macam lama je padahal nanty dah masuk tahun ketiga barulah rasa macam nak patah balik laaa apa laaa, Padahal benda tue normal je sebenarnya tapi perasaan yang over. Macam dip dulu laaa nak abiskan dip tue rasa macam bercinta sangat tapi bila dah konvo tue kalau boleh nak balik ke zaman sana tue, alaa zaman muda mudi ulang alik ponteng kelas waktu dip dulu. hahaha bila ingat balik kelakarlah, ponteng kelas pegy sogo bagai shopping dapat duet ptptn. So nanty aku ada anak nanty bolehlah cerita dengan dyeorang mcm mane perangai mommy dyeorang nie waktu belajar. hahaha

okaylah dah masuk waktu maghriblah, nanty ada masa kita sembang lagi okay. daaa :)

Unknown

Assalamualaikum, setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki didalam blog nie tetibe pulak terrindu nak berblog balik. Nak ucap selamat tahun baru sudah sebulan dah meninggalkan tahun baru tue. Tapi tapelah asalkan boleh menghidupkan blog yang berhabuk tebal nie. hahaha. 

Okaylah entry kali ni bertajuk UNKNOWN tapi kenapa unknown kan? macam tade tajuk lain je nak letak tue, sebenarnya memang kepala otak nie blank nak tulis apa. tapi kerana rindu untk berkarya didalam ini jadi UNKNOWN nie pon muncul lah dilayar otak. Ehh betol ke ?

Hmm dah boleh mula dengan alkisah yang ingin disampaikan dah sebenarnya. hahaha. Ceritera yang pertama adalah setelah aku menamatkan zaman diploma aku, aku menjadi pegawai di sebuah company kerajaan. selama 6 bulan disana dan alhamdulillah aku dapat melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi iaitu Degree. Bagaikan mimpi dapat menyambung ke peringkat seterusnya tapi mungkin rezeki aku dan atas doa ibu juga. Aku ditempatkan di Universiti Industri Selangor (Unisel) dalam bidang Bachelor of Psychology Indusries (Honours) pengajian ini memakan masa selama 3 tahun. wahhh !! lamanya lagikan nak abis tue. tapi sebenarnya tak lama mana pon bila dah masuk ke tahun kedua tapi sekarang aku baru je di tahun pertama semester kedua so lambat laa nak abiskan. hahah apa laaa syeda nie.

Dalam kos nie ramai yang lepasan STPM cuma aku, syu dan zera je yang lepasan Diploma. Syu daripada sime darby (nurse) and zera dari kolej islam terengganu (psychology) so alhamdulillah seronok belajar dibidang ini dan ramai yang memberi tunjuk ajar.

okaylaa cukup untuk hari ini, esok kita sambung lagi okay. Banyak yang boleh dikongsikan nanty ye. assalamualaikum .

Cerita saya ♥


Assalamualaikum blogger :) lamanya dah tak updated entrikan , almaklum laaaa baru sekarang nie free sikitt ehh bukan sikit tapi banyak.. hahaha.. sekarang nie saya pengganggur tegar dan bibik yang tak diiktiraf dirumah sendiri, walaupun tak di iktiraf tapi kira dapatlah jugak duet poket walaupun tak banyak tapi alhamdulillah rezekikan ? hee :) this is the first entry untuk tahun 2014 . alahai , ketinggalannya aku .. kemain tebal lagi habuk kat dalam nie .. hahaha , tengoklah dah lama tak menuliskan haa kemain lagi celotehnya . okay lah , kita cerita dari awal tahun ye..


Begini ceritanya, aku menuju ke alam baru (bkn berkahwin ye) tetapi menuju ke alam praktikal.. Aku ditempatkan dibahagian PENDAKWAAN selama 3 bulan , pada mulanya dijanjikan selama 4 bulan tetapi rupanya ada masalah teknikal didalam surat.. Mula bile dapat tahu tue macam wahh heavennya nak habis awal , konon boleh lari dari masalah laah tapi rupanya bila sampai hari akhir tue kemain lagi beratnya hati nak tinggalkan bahagian tue. sebab apa? sebab banyak ilmu yang aku dapat dekat situ.. staffnya bagus peramah , happening dan paling best pegawai dan staff dekat situ tak lokek ilmu langsung.. Tapelah setiap pertemuan akan ada perpisahan.. Apa yang dapat aku katakan terima kasih daun keladi, dengan setiap tunjuk ajar yang mereka berikan akan sentiasa tersemat didalam hati ini.. Tiada yang mampu untuk syeeda balas jasa kalian melainkan doa semoga kalian dimurahkan rezeki dan berjaya didalam kerjaya yang kalian bina..

okaylah cukuplah kot corat coret syeeda sampai sini.. mata pon dah mengantuk , nanty kita updated lagi ye.. Assalamualaikum :)

Ku Jemput Jodoh Ku ♥

Assalamualaikum :) apa khabar kamu disana ? #ehh , hehe :) okaylah malam nie nak updated entry tentang KUJEMPUT JODOHKU . Tapi kenapa tajuknya sebegitu ? and sejak akhir-akhir nie banyak sangat updated tentang jodoh ? ohh begini ceritanya , sebagai pelajar yang educated kami telah diberi baucer BB1M sebanyak RM250 . Jadi aku dapat baucer buku tue sudah terlambat sebab aku dah nak final so buku apa je lagi aku nak belikan ? hmm , satu hari aku menepek cari Buku dekat MPH dengan Diana . Aku punya cari punya cari aku jumpe satu buku yang sangat menarik mata aku untuk memandang .

Aku selak lah apa yang menarik dalam isi kandungan dalam buku tue , rupanya buku tue mengenai motivasi tentang cinta yang tidak berbalas . hehe :) ceritanya sangat menarik kerana banyak memberi pedoman dan motivasi kepada diri yang lemah terutama seorang perempuan yang bila cintanya ditolak si kekasih hati . Isinya banyak berlandaskan hadis Rasulullah SAW . Cara kita hendak menguatkan diri dari terus hanyut dek cinta manusia yang buta .

Kujemput Jodohku ini sedikit sebanyak membantu para pencinta mencipta mimpi indah supaya menjadi nyata dan membuang kenangan lalu yang ternyata bukan mudah untuk dilupakan namun tidak juga mustahil . Yang membuatkan aku lagi tertarik tentang buku ini dengan adanya hadis daripada Abdullah bin Mas'ud yang menyatakan, 'Apabila kamu kagum kepada seseorang jejaka itu, maka ingatlah semua kekurangannya' . Apa yang cuba disampaikan oleh beliau adalah bukan untuk membuka aib seseorang tetapi ianya adalah nasihat supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona zahir , dan tidak dibuai oleh gelojak nafsu sehingga menjadi permainan syaitan . Kadangkala tanpa kita sedar cinta membuatkan seseorang itu menjadi buta , yang punyai telinga menjadi tuli kerana terlampau asyik dengan dunia cintanya .

Memang tidak dinafikan rasa cinta memang tidak mudah untuk dihapuskan apatah lagi cinta pertama, pasti sangat sukar untuk kita lupakan . Hal yang demikian menyeksakan apabila kita tdak berusaha untuk mengatasinya kerana bayangannya kembali dalam memory bahkan sering menghantui mimpi-mimpi . Ada satu cara untuk mengatasi masalah diatas adalah dengan menulis namanya pada sehelai kertas, koyak kertas itu dan kata aku sudahh melupakannya dan membuang jauh-jauh bayangan itu .

haihh , memang tak dapat dinafikan apa yang tertulis didalam buku ini yang sering terjadi kepada gadis diluar sana termasuk lah aku , Jadi untuk dipendekkan cerita carilah buku tersebut dan penulisnya adalah Fadhlan Al-ikhwani .

Antara kamu Dan aku

Didalam tawa ada duka, didalam sedih ada sendunya, didalam celik ada kegelapannya.
Tika mentari senja ingin melabuhkan tirainya, keindahan alam dan kerdipan bintang dilangit menjadi pengubat duka.
Tersenyum indah si bulan purnama hanya mampu untuk aku mengadu seglanya. Alangkah , sepinya waktu ku menyusun hari-hari mendatang. Kadangkala, dengan hanya menipu diri sendiri untuk aku menutupi segala rasa ini. Kerinduan terhadap si Arjuna hanya mampu untuk aku pendamkan.
Kau lah teman, kaulah pelindung, kaulah pelindung dan kaulah segalanya untuk aku. Aku tak mampu untuk menyuara apa ug terpendam, hanya tinta dan karya ini untuk melepaskan segala. Sesak didalam dada hanya dapat dilepaskan dengan deraian airmata. Punyakah ruang untuk aku dihatimu???

Aku terima nikahnya

kasih suami terhadap isteri
 Senang untuk ungkapkan perkataan itu tetapi sukar untuk melaksanakannya . Wahai kaum adam diluar sana , sedarlah tidak mudah untuk anda melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami , bapa kepada bakal anak yang akan dilahirkan . Bertanggungjawab untuk mendidik si isteri supaya menjadi seorang isteri yang solehah . Ingatlah bukan mudah untuk laksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami jika belum cukup ilmu didada . Perbaiki diri dan berubah supaya rumahtangga aman didunia mahupun diakhirat .
Betapa beratnya tanggungjawab sebagai seorang suami
Tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya adalah menjaga batas pergaulan , cara pemakaian dan juga pertuturan . Jika anda menyayangi suami turutilah perintah yang wajib dilaksanakan . Syurga seorang wanita selepas menjadi isteri adalah dibawah telapak kaki suami . Bantulah suami anda untuk ke syurga bukan ke neraka . Didiklah anak-anak anda supaya menjadi anak yang soleh dan solehah . Insyaallah akan berbahagia masjid yang dibina .

Setiap manusia dimuka bumi ini menginginkan kebahagiaan .
Didalam islam menggalakkan kita untuk mendirikan masjid agar dapat menghindari daripada maksiat tetapi sedar lah andai anda belum cukup untuk menanggung tanggungjawab yang berat ini lebih baik lupakan dahulu hajat dihati itu . Setiap pasangan inginkan hubungan yang dibina bahagia selamanya . Insyaallah perhubungan yang direstu dan diRedhai Allah sangat manis dan indah .

insyaallah 

Diary S.I :)

Setiap detik dan setiap waktu yang berlalu mempunyai pelbagai , kenangan , cubaan dan dugaan . Sampai bila harus merintih pada suatu yang tak pasti . setiap jam yang berdetik telah mengajar aku erti kedewasaan dan betapa sukarnya untuk menempuh hidup didunia yang fana ini . sekian lama melayari keindahan dunia ciptaan TUHAN ini membuatkan aku rindu dengan dambaan seorang lelaki disisi aku yang kerdil nie . Betapa sunyinya hidup ini tanpa seorang lelaki yang bergelar KEKASIH , seorang pelindung untuk seorang wanita yang lemah dimuka bumi ALLAH ini . Alangkah beruntungnya aku andai diberi peluang sebegitu . Akanku hargai anugerah yang diberikan oleh ALLAH itu . Tapi apakan daya , ketentuan Tuhan adalah segalanya . Aku menerimanya dengan redha . Tidak lama lagi keputusan SPM akan keluar . penentu masa depan aku akan terjawab apabila aku mendapat keputusan tue esok . Hati aku resah , kepala aku runsing , perasaan aku buntu . Didalam keresahan ini aku pinginkan seseorng untuk menghiburkan hati aku . Sang kekasih entah kemana menghilangkan diri meninggalkan aku terkontang kanting sendirian ........



bersambung...