Aku terima nikahnya

kasih suami terhadap isteri
 Senang untuk ungkapkan perkataan itu tetapi sukar untuk melaksanakannya . Wahai kaum adam diluar sana , sedarlah tidak mudah untuk anda melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami , bapa kepada bakal anak yang akan dilahirkan . Bertanggungjawab untuk mendidik si isteri supaya menjadi seorang isteri yang solehah . Ingatlah bukan mudah untuk laksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami jika belum cukup ilmu didada . Perbaiki diri dan berubah supaya rumahtangga aman didunia mahupun diakhirat .
Betapa beratnya tanggungjawab sebagai seorang suami
Tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya adalah menjaga batas pergaulan , cara pemakaian dan juga pertuturan . Jika anda menyayangi suami turutilah perintah yang wajib dilaksanakan . Syurga seorang wanita selepas menjadi isteri adalah dibawah telapak kaki suami . Bantulah suami anda untuk ke syurga bukan ke neraka . Didiklah anak-anak anda supaya menjadi anak yang soleh dan solehah . Insyaallah akan berbahagia masjid yang dibina .

Setiap manusia dimuka bumi ini menginginkan kebahagiaan .
Didalam islam menggalakkan kita untuk mendirikan masjid agar dapat menghindari daripada maksiat tetapi sedar lah andai anda belum cukup untuk menanggung tanggungjawab yang berat ini lebih baik lupakan dahulu hajat dihati itu . Setiap pasangan inginkan hubungan yang dibina bahagia selamanya . Insyaallah perhubungan yang direstu dan diRedhai Allah sangat manis dan indah .

insyaallah 

No comments:

Post a Comment