Unknown

Assalamualaikum, setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki didalam blog nie tetibe pulak terrindu nak berblog balik. Nak ucap selamat tahun baru sudah sebulan dah meninggalkan tahun baru tue. Tapi tapelah asalkan boleh menghidupkan blog yang berhabuk tebal nie. hahaha. 

Okaylah entry kali ni bertajuk UNKNOWN tapi kenapa unknown kan? macam tade tajuk lain je nak letak tue, sebenarnya memang kepala otak nie blank nak tulis apa. tapi kerana rindu untk berkarya didalam ini jadi UNKNOWN nie pon muncul lah dilayar otak. Ehh betol ke ?

Hmm dah boleh mula dengan alkisah yang ingin disampaikan dah sebenarnya. hahaha. Ceritera yang pertama adalah setelah aku menamatkan zaman diploma aku, aku menjadi pegawai di sebuah company kerajaan. selama 6 bulan disana dan alhamdulillah aku dapat melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi iaitu Degree. Bagaikan mimpi dapat menyambung ke peringkat seterusnya tapi mungkin rezeki aku dan atas doa ibu juga. Aku ditempatkan di Universiti Industri Selangor (Unisel) dalam bidang Bachelor of Psychology Indusries (Honours) pengajian ini memakan masa selama 3 tahun. wahhh !! lamanya lagikan nak abis tue. tapi sebenarnya tak lama mana pon bila dah masuk ke tahun kedua tapi sekarang aku baru je di tahun pertama semester kedua so lambat laa nak abiskan. hahah apa laaa syeda nie.

Dalam kos nie ramai yang lepasan STPM cuma aku, syu dan zera je yang lepasan Diploma. Syu daripada sime darby (nurse) and zera dari kolej islam terengganu (psychology) so alhamdulillah seronok belajar dibidang ini dan ramai yang memberi tunjuk ajar.

okaylaa cukup untuk hari ini, esok kita sambung lagi okay. Banyak yang boleh dikongsikan nanty ye. assalamualaikum .

1 comment: